Kisah Allah Berbangga Dengan Kumpulan Zikir
کاور آهنگ Kisah Allah Berbangga Dengan Kumpulan Zikir از Unic, Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre

Kisah Allah Berbangga Dengan Kumpulan Zikir

Zikir Munajat۱۳۹۴۱:۴۱

متن موزیک

Sayyidina Mu'awiyah Radiallahu'anhu memberitahu

Pada suatu hari, Rasulullah Shalallahu'alahi Wasallam keluar dari rumah baginda

Baginda berjalan, lalu bertemu sekumpulan para sahabat

Yang sedang duduk bersama-sama

Baginda lantas bertanya kepada mereka

"Apakah yang menyebabkan kalian duduk bersama-sama?"

Mereka menjawab

"Kami duduk, kami berdzikir, mengingati Allah

Kami memuji-muji Allah, atas hidayah Islam

Dan segala kurnia'an Allah Subhanahu Wata'ala kepada kami"

Lalu Rasulullah Rasulullah Shalallahu'alahi Wasallam bertanya

"Demi Allah, kalian tidak duduk, melainkan dengan semua itu?

Aku bertanya bukan kerana meragui kalian

Akan tetapi, Jibril telah datang pada aku, memberitahuku

Bahwa Allah Ta'ala berbangga dengan kalian, di hadapan Para Malaikat"