Ainul Mardhiah - Live

متن موزیک

Biar darah jadi baja

Biar tulangku menjadi tunggaknya

Islam tetap di puncak

Biar imanku terus melonjak

Aku tegar, aku rela

Sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang

Rohku tenang melayang

Syurga firdausi menunggu ku datang

Bidadari pun tersenyum

Merindu cumbu harum

Di saat cinta mekarku bercantum, ooh

Pergi ku tak kembali

Kerana memburu nikmat syurgawi

Itulah yang hakiki

Itu yang abadi

Dan ku tidak mati

Bahkan hidup dengan rezki Ilahi, ho-oh

Kejayaan (Kejayaan)

Kebahagiaan (Kebahagiaan)

Bintang syuhada yang dirindukan

Datang, datanglah wahai syahid

Dambaan mujahid

Aku relakan sakit yang sedikit

Derita hanya sementara

Biar aku nestapa

Demi bahagia untuk selamanya

Hoo-oo, uu

Selamanya